Hasil Nukilanku

Jangan Lupa Click Follow My Blog Ok ! ! !

Monday 31 October 2011

Kegelapan

Assalamualaikum...
Hari ini saya ingin menceritakan peristiwa yang berlaku di office pagi tadi dari pukul 8.30 pagi hingga 10.30 pagi...
Hari nie kami semua mengalami kegelapan akibat kecuaian tukang elektrik yang buat kerja main-main..
Kami langsung tidak dapat buat apa-apa kerja serba elektrik langsung tidak boleh digunakan..


Sekadar gambar hiasan je...

Selang beberapa jam baru la tukang membaiki elektrik tiba untuk membetulkan.. Dia orang hanya usik sikit-sikit je ape yang problem tue terus ok...hmm...wt penat je tunggu...pas tue orang siap charge sampai RM30 lagi..cekik duit betol la...ada ke patut...??

Sunday 30 October 2011

Detik-Detik Penantian

Assalamualaikum semua...
Hari nie saya nak berkongsi satu cerita yang agak menyesakkan jiwa raga kepada siapa-siapa yang terlibat....
Bermulanya cerita pada 29.10.2011 di malam yang sepi pukul 9.00 mlm saya telah terlibat dalam satu pengambaran filem yang mengisahkan 2 orang adik-beradik yang filemnya diberi tajuk "AJINOHMOTOR".

(9.00mlm) Kami berkumpul beramai-ramai ditempat pengambaran dan kami diberi makan malam disitu.


Kami semua menikmati makanan yang disediakan dengan berselera
sekali. Antara lauk-lauknya adalalah Kari Ayam , Kacang Panjang Goreng , Sambal Ikan Bilis yang sangat pedas.



(10.00 mlm) Kami memulakan latihan sebelum pengambaran. Selepas selesai kami menanti giliran untuk pengambaran.


(10.30 mlm) 6 orang daripada peserta silat yang terlibat
(Cikgu Syukrey , Cikgu Najmi , Azri ,Wan , 2 orang lagi dari Gelanggang Kesuma). Mereka melakukan pengambaran dengan bersungguh-sungguh.




Ketika itu kami yang lain telah berasa agak penat dan mengantuk kerana menunggu agak lama sehingga pukul 3.00 pagi. Kami berkumpul sambil berbual sesama sendiri untuk menghilangkan rasa mengantuk , penat dan bosan yang teramat sangat.








Nanti jangan lupa saksikan filem nie bila dah ditayangkan nanti tau...
Mesti best..
Insyaallah ! ! !



Saturday 29 October 2011

Perkongsian Terhangat

PROMOSI TERHEBAT

by Siti Munirza on Saturday, 30 April 2011 at 12:37
Kepada penghuni berhampiran kawasan semenyih :
-->ingin mempelajari kemahiran berkaitan komputer
-->ingin mempunyai website (bg perniagaan yg ingin berniaga secara online)
-->ingin menempah wedding card
-->ingin menempah bussines card
-->ingin tempah billbook/buku resit
-->ingin tempah flyers/leaflet
-->ingin tempah banner/bunting
-->ingin service komputer/latop/notebook
SILA KUNJUNGI IT-BASE SEMENYIH JIKA INGIN TAHU LEBIH LANJUT...
SEBARKAN MAKLUMAT INI KEPADA YANG BERMINAT...



Selain itu sekarang ini ada promosi belajar komputer pada musim cuti sekolah ini...
Mari ramai-ramai menuntut ilmu...
Biar la kita menuntut ilmu selagi nyawa di kandung badan..
Jangan sia-sia kan masa yang ada...
~~~ I SUKA BELAJAR ~~~


Or
Just Call
03-87231003 (Office)
017-3011263 (Manager)

Apabila Kebosanan Melanda Diri

Pada hari yang membosankan di tempat kerja (BIJAK IT DOT COM)

Salam....
Hari ini saya menulis lagi... Sebab saya tidak tahu apa nak buat dekat office ini... Kerja banyak tapi tidak tahu nak start dari mana... Arkkkk ! ! ! Bosannya... Apa la nasib kena kerja pulak hari sabtu begini... Aku rasa aku dah katam baca semua komen dekat Facebook tu...Al-maklum la dah boring giler...


Dah la boring pastu lapar pula... Tengok jam dah pukul 1 daa... Memang patut la perut aku nie buat konsert... 

Keberanian Menempuh Cabaran

Pada 22.10.2011 bertempat di Dewan Tun Dr.Ismail , PWTC

Berlangsung satu Pelancaran Pergerakan Wanita Lincah
Di dalam majlis tersebut Lincah telah menganugerahkan satu Selendang Tun Fatimah kepada Isteri Perdana Menteri Malaysia.


Selain itu , banyak persembahan yang menunjukkan kehebatan anak-anak lincah. Tidak kira kanak-kanak atau dewasa malah persembahan tersebut lebih menonjolkan kehebatan , ketangkasan dan keberanian persilat wanita. Antara kehebatan yang di tayangkan adalah Lakonan oleh beberapa anak lincah yang berani , Persembahan daripada anak-anak lincah yang bakal menjadi waris silat ini akan datang (Insyaallah) dan Ujian Kebatinan yang mendebarkan.


 Persilat - Persilat Cilik 


 Lakonan Yang Kemungkinan Akan Terjadi Kepada Anak Gadis Zaman Sekarang 



Ujian Kebatinan Yang Mendebarkan

Selepas selesainya majlis ini , Mahaguru Tan Sri Omardin tersenyum dengan senang hati.